Selepas pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati, penyanyi Taiwan, Jay Chou pada Jumaat memaklumkan bersedia untuk menangguhkan konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari ini.<br /><br />Penulis lirik dan personaliti televisyen itu berkata, penangguhan tersebut boleh dilakukan jika peminat bola sepak negara memaklumkan kepada persatuan sukan dan pengurusan stadium berhubung perkara itu.